Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • APM Marudi bantu lelaki tertinggal kunci dalam kereta
  • KEMALANGAN

APM Marudi bantu lelaki tertinggal kunci dalam kereta

Utusan Sarawak 2 days ago
KHIDMAT KHAS… Anggota APM Marudi berjaya membuka pintu kereta yang tertinggal kunci dalam kereta oleh pemiliknya. Foto APM

MARUDI: Sepasukan anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi berjaya membantu seorang lelaki yang tertinggal kunci di dalam keretanya dalam satu insiden yang berlaku di Kampung Narum, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Marudi, pihak mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.58 pagi yang memaklumkan tentang insiden berkenaan.

Skuad Charlie yang diketuai oleh Lans Koperal (PA) Abdul Azim Baim bersama tiga anggota terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan tersebut menjalankan operasi membuka pintu kenderaan menggunakan teknik mencungkil dan berjaya menyelesaikan masalah tanpa sebarang kerosakan pada kenderaan.

Pihak APM menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa memastikan kunci kenderaan dibawa bersama sebelum mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.

Oleh Jiku Juguong

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut motosikal hilang kawalan di Bintangor
Next: Mayat lelaki ditemui selepas terjatuh ke Sungai Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.