Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan anggota melalui latihan bulanan
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan anggota melalui latihan bulanan

Utusan Sarawak 17 hours ago
APM Daerah Lubok Antu telah melaksanakan latihan pasukan bagi bulan Julai yang berlangsung di kawasan San. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah melaksanakan latihan pasukan bagi bulan Julai yang berlangsung di kawasan San, di sini.

Menurut Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel, latihan tersebut melibatkan beberapa modul penting sebagai usaha memperkasakan kecekapan dan kesiapsiagaan anggota menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Antara latihan yang dilaksanakan termasuk perbarisan pagi, latihan lasak, ikhtiar hidup (survival) serta pengendalian peralatan operasi (PPO) khususnya penggunaan mesin gergaji rantai,” katanya.

Tambah beliau, latihan yang dijalankan bertujuan untuk memastikan setiap anggota sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental dan kemahiran teknikal semasa menjalankan tugas di lapangan.

Desem turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota yang terlibat atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

“Diharapkan segala ilmu serta kemahiran yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Latihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang sesi latihan berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri salur RM90,000 kepada tiga rumah ibadat
Next: ADUN Meradong cadang naik taraf jambatan dan jalan SK Tulai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.