Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lubok Antu bantu warga emas lemah anggota badan, hantar ke Klinik Kesihatan Merindun
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Lubok Antu bantu warga emas lemah anggota badan, hantar ke Klinik Kesihatan Merindun

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA APM Lubok Antu bantu seorang wanita warga emas yang mengalami lemah seluruh anggota badan di Rumah Lenja Sekandis, Kesit, hari ini. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu bertindak pantas membantu seorang wanita warga emas yang mengalami lemah seluruh anggota badan dalam satu kejadian kecemasan di Rumah Lenja Sekandis, Kesit, hari ini.

Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.20 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi tiga minit kemudian.

Menurut beliau, setibanya di lokasi pada 11.51 pagi, anggota APM mendapati mangsa mengalami keadaan lemah keseluruhan anggota badan dan memerlukan rawatan segera di kemudahan kesihatan.

“Pengadu memaklumkan ibunya berada dalam keadaan tidak berdaya dan memohon bantuan APM untuk menghantarnya ke Klinik Kesihatan Merindun bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat melibatkan tiga anggota MyASPA-O Delta dengan menggunakan ambulans pacuan empat roda APM.

Mangsa terpaksa dibawa menggunakan kerusi roda merentasi jambatan gantung dari rumah panjang sebelum dialihkan ke atas pengusung untuk dibawa ke klinik.

Mangsa selamat tiba di Klinik Kesihatan Merindun pada 12.40 tengah hari dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut.

Leftenan Desem turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berdepan situasi kesihatan kritikal, khususnya melibatkan warga emas, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Anggota APM Lubok Antu berjaya tangkap ular kapak sepanjang satu meter di Wong Panjai
Next: 48 penerima terima MRP RM581,500 di Beluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.