APM Limbang salur bantuan kecemasan, hantar pesakit ke hospital

Facebook
WhatsApp
BANTUAN SEGERA… APM Limbang menghantar pesakit mendapatkan rawatan ke Hospital Limbang. Foto APM Limbang

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang telah menghantar pesakit lelaki ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, baru-baru ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Jumaat Akasas berkata, sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lebih 8 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.00 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, waris memaklumkan mangsa berusia 40 tahun mempunyai sejarah penyakit gout serta mengalami kekejangan otot pada tangan dan kaki, selain tekanan darah rendah.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans APM Limbang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Oleh Adeng Edrus