Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lawas terus pantau kawasan berisiko banjir di Merapok
  • Utara
  • WILAYAH

APM Lawas terus pantau kawasan berisiko banjir di Merapok

Utusan Sarawak 2 hours ago
PANTAU BANJIR… Anggota APM ketika melakukan pemantauan di rumah-rumah penduduk di Kampung Masjid Baru Merapok. Foto APM LAWAS

LAWAS: Anggota APM Lawas terus melakukan rondaan dan pemantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Lawas.

Kawasan yang dipantau adalah sekitar Merapok yang melibatkan tiga lokasi utama iaitu Jalan Ulu Merapok, Kampung Masjid Baru Merapok dan Kampung Paterikan Merapok.

Menerusi kenyataan APM Lawas pagi ini menyatakan Jalan Ulu Merapok didapati paras air dikesan meningkat perlahan dengan catatan kedalaman 0.1 kaki.

Cuaca awal pagi dilaporkan berlaku hujan renyai-renyai, namun keadaan masih terkawal walaupun jalan sedikit terjejas.

AIR MENAHAN… Paras air di kawasan Merapok masih belum surut sepenuhnya dan dipantau rapi pihak APM Lawas.
Foto APM LAWAS

Manakala di Kampung Masjid Baru, paras air direkodkan setinggi 3.0 kaki dengan trend air menahan. Hujan renyai-renyai masih berterusan dan beberapa buah rumah didapati terjejas. Bagaimanapun, keadaan masih boleh dikawal.

Sementara itu di Kampung Petarikan, paras air juga direkodkan setinggi 3.0 kaki namun mula surut secara perlahan-lahan.

Cuaca di kawasan tersebut tidak hujan. Beberapa rumah penduduk terjejas dan jalan utama turut tidak dapat dilalui kerana air telah memasuki kawasan kampung.

Secara keseluruhan, keadaan semasa adalah terkawal dan sehingga laporan ini disediakan, tiada pusat pemindahan yang diaktifkan.

Anggota bertugas berada dalam keadaan selamat dan logistik operasi dilaporkan berfungsi dengan baik.
Penduduk kampung turut dinasihat supaya sentiasa berhati-hati, peka dengan keadaan cuaca, dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kenaikan paras air. Jika berlaku kecemasan boleh hubungi PKOD Lawas ditalian 085-262073.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari ketiga operasi SAR mangsa serangan buaya di Sungai Lubok Punggor masih buntu
Next: Lapan sekeluarga dipindahkan ke PPS Marudi akibat banjir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.