
LAWAS: Pusat kawalan operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas telah menerima panggilan kecemasan tentang kehadiran seekor ular di Wisma Persekutuan Lawas semalam.
Sehubungan itu sepasukan anggota APM Lawas bergerak ke lokasi dan mendapati seekor ular ripong sepanjang 1.3 meter berada di kawasan pagar wisma tersebut.
Ular ripong berkenaan berjaya di tangkap dengan teknik menyepit.
Sepanjang operasi dijalankan, keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Oleh Adeng Edrus