Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM laksana pemantauan berterusan kawasan berisiko banjir di Roban
  • Selatan
  • WILAYAH

APM laksana pemantauan berterusan kawasan berisiko banjir di Roban

Utusan Sarawak 14 hours ago

Anggota APM Saratok melakukan pemantauan di lokasi banjir di kawasan SK Ulu Roban dan Rumah Kaya Ulu Roban, hari ini. Foto: APM Saratok

ROBAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok terus giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi yang bertembung dengan fenomena air pasang besar.

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, seramai tiga anggota APM telah digerakkan bagi melakukan tinjauan di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban dan Rumah Kaya Ulu Roban bermula 10.02 pagi hingga 12.50 tengah hari tadi.

“Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan SK Ulu Roban mencatatkan bacaan 2.80 kaki dengan trend air termenung, manakala di Rumah Kaya Ulu Roban, paras air berada pada dua kaki dan menunjukkan trend menaik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan paras air, tiada proses pemindahan dilakukan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Anggota APM Saratok melakukan pemantauan di lokasi banjir di kawasan SK Ulu Roban dan Rumah Kaya Ulu Roban, hari ini. Foto: APM Saratok

“Penduduk rumah panjang serta pihak sekolah dinasihatkan agar terus berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” tambahnya.

APM Saratok akan terus memantau keadaan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sukan bola keranjang platform bina generasi sihat dan berdaya saing
Next: Gelanggang Slingshot Kampung Melango bakal dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.