Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM kongsi ilmu pengurusan bencana dalam seminar pemerkasaan KMKK Daerah Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

APM kongsi ilmu pengurusan bencana dalam seminar pemerkasaan KMKK Daerah Kuching

Utusan Sarawak 17 hours ago
SEKITAR sesi ceramah Pengurusan Bencana yang disampaikan oleh Lt. M(PA) Norhamizi Hamdan sempena Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kuching 2026 yang berlangsung di Dewan Galeri Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. Foto APM.

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching dijemput menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Bencana sempena Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kuching 2026 yang berlangsung di Dewan Galeri Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Seminar berkenaan melibatkan penyertaan seramai 275 peserta dalam kalangan KMKK Daerah Kuching, sekali gus menjadi platform penting untuk memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang situasi bencana dan kecemasan.

Ceramah telah disampaikan oleh Lt. M(PA) Norhamizi Hamdan dengan dibantu seorang Pegawai KP1 serta dua anggota LLP APM Daerah Kuching.

Menurut kenyataan APM Daerah Kuching, penganjuran ceramah tersebut bertujuan memberi pendedahan serta mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai aspek pengurusan bencana di peringkat komuniti, selaras dengan usaha memperkasakan peranan kepimpinan setempat agar lebih bersedia dan berdaya tindak dalam menghadapi situasi luar jangka.

“Peranan KMKK amat penting sebagai barisan hadapan di peringkat akar umbi, khususnya dalam menyampaikan maklumat, mengurus bantuan awal serta menyelaras tindakan semasa kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar berkenaan.

Orang ramai yang berdepan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Kuching di talian 082-252940 atau 082-252941, atau melalui talian kecemasan 999.

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak OKU autisme dilapor hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau
Next: Polis lancar operasi mencari kanak-kanak lelaki hilang di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.