
MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi di tiga daerah, iaitu Marudi, Beluru dan Telang Usan, giat melakukan pemantauan di beberapa lokasi yang dilanda kenaikan paras air.
Sekretariat Jawatankuasa, Pengurusan Bencana Daerah Telang Usan merangkap Pegawai Pertahanan Awam daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata bagi Daerah Marudi sebanyak enam lokasi masih dinaiki air.
Lokasi di Marudi iaitu Kampung Narum (0.40 meter), Kampung Ridahn (0,50 meter) Kampung Dagang (0.40 meter), Kampung Padang Kerbau Marudi (0.16 meter), Jalan kebun Nanas, Marudi/Miri (0.13 meter) dan Kampung Padang Kerbau tepi sungai (0.28 meter).
Pemantauan di beberapa lokasi di daerah ini diketuai L/ Kpl ( PA) Kamil Tahir dan dibantu dua anggota lain.

Menurut Mirwan, Jalan Kebun Nanas iaitu Jalan Miri/Marudi masih dapat dilalui semua jenis kenderaan.
Sementara itu, 12 lokasi di Daerah Beluru masih dinaiki air turut dipantau iaitu Rumah (Rh) William Saba (1.6 kaki) Rh Suring Sungai Bain (3 kaki), Rh Joseph Long Ajoi, Tinjar (2.1 kaki), Rh Duri Nanga Lait Tinjar (2 kaki 6 inci), Rh Rengking Sungai Buri Tengah Bakong (2 kaki 2 inci) dan Rh Sofia Sungai Kelabit Baruh Bakong (1.3 kaki).
Selain itu, Rh Anthony Kedit, Loagan Manok Bakong (9 inci), Rh Keyai Sungai Lutong Bakong (41 inci), Rh Magdaline Lubok Mulong Tinjar (2 kaki), Kampung Sg Tuyut Tinjar (3 kaki) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit (0.7 meter).
Daerah Telang Usan turut mencatatkan tiga lokasi yang masih dinaiki air iaitu Long Bemang (1.2 kaki), SK Long Bemangan (2.1 kaki) dan Klinik Kesihatan Long Bemang (5 meter).
Oleh Jiku Juguong