Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Debak tangkap ular sawa batik 12 kaki di Kampung Debak Laut
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Debak tangkap ular sawa batik 12 kaki di Kampung Debak Laut

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ANGGOTA APM Debak melaksanakan satu operasi menangkap seekor ular sawa batik dengan anggaran panjang sekitar 12 kaki dan berat lebih kurang 25 kilogram di Kampung Debak Laut, pagi tadi. Foto APM Debak

DEBAK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak berjaya melaksanakan satu operasi menangkap seekor ular sawa batik dengan anggaran panjang sekitar 12 kaki dan berat lebih kurang 25 kilogram dalam satu kejadian yang mencetuskan kebimbangan penduduk di Kampung Debak Laut, pagi tadi.

Menurut kenyataan media APM Daerah Debak, operasi tersebut dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sekitar 10.30 pagi berhubung kehadiran reptilia berkenaan di kawasan kediaman, yang dipercayai telah memangsa seekor itik.

OPERASI menangkap ular tersebut kemudiannya dilaksanakan menggunakan peralatan khas dengan penuh berhati-hati, mengambil kira aspek keselamatan anggota, penduduk serta orang awam yang berada berhampiran. Foto APM Debak

Kehadiran ular bersaiz besar itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan di sekitar kawasan kejadian, sekali gus mendorong tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

Sejurus menerima aduan, pasukan anggota APM Debak telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan penilaian awal bagi memastikan tahap risiko dan keadaan persekitaran berada dalam kawalan.

Operasi menangkap ular tersebut kemudiannya dilaksanakan menggunakan peralatan khas dengan penuh berhati-hati, mengambil kira aspek keselamatan anggota, penduduk serta orang awam yang berada berhampiran.

Hasil kecekapan dan tindakan pantas pasukan APM, ular sawa batik berkenaan berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden yang tidak diingini atau kecederaan kepada mana-mana pihak.

Ular tersebut seterusnya dibawa keluar dari kawasan kediaman bagi tindakan selanjutnya mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak APM.

Tindakan pantas itu secara tidak langsung berjaya mengelakkan sebarang risiko bahaya kepada penduduk setempat serta menenangkan keadaan di lokasi kejadian.

APM Daerah Debak dalam pada itu menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya menemui haiwan liar berbahaya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 41 KMKK DUN Repok terima sijil pelantikan
Next: Kesinambungan kepimpinan Meradong utamakan pembangunan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.