

Anggota APM Debak menggiatkan pemantauan terperinci di beberapa kawasan yang dikenal pasti mengalami kenaikan paras air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Foto: APM Debak
DEBAK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak telah menggiatkan pemantauan terperinci di beberapa kawasan yang dikenal pasti mengalami kenaikan paras air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi APM Debak, pemantauan mendapati paras air meningkat dengan ketara, menyebabkan aliran sungai dan sistem perparitan berada pada tahap maksimum.
Keadaan cuaca yang tidak menentu turut meningkatkan risiko limpahan air, khususnya di kawasan rendah.


Anggota APM Debak menggiatkan pemantauan terperinci di beberapa kawasan yang dikenal pasti mengalami kenaikan paras air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Foto: APM Debak
“Anggota APM akan terus menjalankan rondaan berkala bagi memastikan sebarang perkembangan dapat dikenal pasti dengan cepat,” kata dalam satu kenyataan hari ini.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan.


Anggota APM Debak menggiatkan pemantauan terperinci di beberapa kawasan yang dikenal pasti mengalami kenaikan paras air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Foto: APM Debak
APM turut menegaskan bahawa langkah pencegahan awal adalah penting untuk meminimumkan risiko dan kerugian harta benda akibat banjir.
Dalam usaha memastikan keselamatan awam, APM Daerah Debak menegaskan kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
Oleh Adi Safarman