Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Debak musnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7 Maludam
  • WILAYAH

APM Debak musnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7 Maludam

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak bertindak memusnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7, Maludam, malam semalam. Foto APM Debak

MALUDAM: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak bertindak memusnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7, Maludam bagi menjamin keselamatan penduduk setempat daripada ancaman serangga berbahaya itu.

Menurut kenyataan media APM Daerah Debak, tindakan segera itu diambil selepas menerima aduan berhubung kewujudan sarang tebuan yang berada di bahagian bawah atap rumah penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, sarang tebuan boleh mendatangkan risiko tinggi kerana serangga tersebut mampu menyerang dan menyengat manusia, terutama jika sarangnya diganggu atau berada berhampiran kawasan kediaman.

 ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak bertindak memusnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7, Maludam, semalam. Foto APM Debak

Sehubungan dengan itu, anggota APM Debak telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemusnahan secara terkawal dengan menggunakan prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Operasi berkenaan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang insiden tidak diingini dan sarang tebuan tersebut berjaya dimusnahkan sepenuhnya.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan pantas berkenaan membuktikan komitmen APM Debak dalam membantu masyarakat menangani situasi kecemasan serta ancaman keselamatan di kawasan kediaman.

Orang ramai yang berdepan sebarang kecemasan atau memerlukan bantuan diminta menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Debak di talian 083-464553 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Miri cari waris pesakit lelaki
Next: 15 dos vaksin anti-rabies diberikan melalui program H2H di Tubau, Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.