Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Daro pantau kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Daro pantau kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Daro menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu. Foto APM

DARO: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Daro menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro Leftenan (PA) Ra’idah Jomi berkata pemantauan dilakukan dari 6.06 petang hingga 7.00 malam di Kampung Masjid, Kampung Baru, Kampung Tengah dan Kampung Itol.

“Paras air di kesemua kawasan yang dipantau didapati menunjukkan trend meningkat, dengan limpahan air dilaporkan di beberapa jalan kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, paras air di Kampung Masjid dan Kampung Baru masing-masing direkodkan pada 0.4 meter, Kampung Itol 0.9 meter, manakala Kampung Tengah mencatat paras tertinggi iaitu 4.6 meter.

Ra’idah berkata, setakat ini dua rumah telah dimasuki air dipercayai berpunca daripada fenomena air pasang yang berlaku serentak dengan hujan berterusan.

“APM turut menasihati penduduk supaya memarkir kenderaan di kawasan selamat dan teratur bagi mengelakkan sebarang risiko,” katanya.

Beliau menambah, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan keadaan jalan utama menuju ke pekan Daro serta kawasan sekitarnya masih terkawal dan selamat untuk dilalui.

APM Daro akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, khususnya penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak gerakkan operasi cari lelaki warga emas hilang di Engkilili
Next: Bomba Bintangor pantau Kampung Muhibah dan Jalan Mahkamah, susulan limpahan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.