Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Betong tingkat pemantauan awal hadapi Monsun Timur Laut 
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Betong tingkat pemantauan awal hadapi Monsun Timur Laut 

Utusan Sarawak 17 mins ago
ANGGOTA APM Betong melaksanakan pemantauan khusus di beberapa kawasan berisiko tinggi berlakunya banjir susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. Foto: APM Betong

BETONG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong terus meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan melaksanakan pemantauan khusus di beberapa kawasan berisiko tinggi berlakunya banjir susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan APM Betong, langkah ini merupakan tindakan proaktif bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan pedalaman, khususnya di laluan utama yang sering terjejas apabila paras air meningkat.

Tiga anggota APM telah digerakkan ke Jalan Rumah Panjang Duri Bangat, Betong antara ‘hotspot’ banjir setiap kali musim monsun.

Hasil pemantauan mendapati paras air di laluan menuju ke rumah panjang tersebut meningkat sehingga dua kaki, dipercayai akibat curahan hujan berterusan sejak petang semalam.

Walaupun keadaan masih terkawal, APM menjangkakan situasi boleh berubah sekiranya hujan lebat kembali melanda dalam tempoh terdekat.

APM Betong memaklumkan bahawa pemantauan berkala akan diteruskan bagi memastikan maklumat terkini dapat disalurkan dengan pantas kepada penduduk serta pihak berkuasa berkaitan.

Tindakan awal penting bagi mengurangkan risiko keselamatan terutama melibatkan warga emas, kanak-kanak dan penduduk rumah panjang yang bergantung sepenuhnya kepada laluan darat.

Penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca, mematuhi amaran rasmi agensi berkaitan serta mengelakkan melalui kawasan dinaiki air walaupun pada paras rendah.

APM menggesa kerjasama masyarakat setempat bagi memastikan operasi kesiapsiagaan bencana dapat digerakkan dengan lebih lancar dan berkesan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan diminta menghubungi APM Betong di 083-472861 atau talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM tangkap ular sawa batik 14 kaki di Kampung Hulu Spaoh 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.