Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM berjaya tangkap ular bersembunyi dalam dinding rumah
  • Utara
  • WILAYAH

APM berjaya tangkap ular bersembunyi dalam dinding rumah

Utusan Sarawak 3 days ago
OPERASI BERJAYA…Anggota APM memasukkan ular yang ditangkap ke dalam tong plastik untuk dilepaskan ke kawasan selamat.

LAWAS: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lawas terpaksa memecahkan dinding rumah di Kampung Nor Islam semalam selepas seekor ular tiung cincin emas lebih dua meter bersembunyi di dalamnya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Letfenan (PA) Maradona Tatah berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dari penduduk pada 6.55 petang.


Beliau berkata sebaik tiba di lokasi didapati seekor ular tiung cincin emas sepanjang lebih dua meter berada di dalam dinding rumah penduduk.


“Anggota kita terpaksa memecahkan dinding rumah yang menjadi tempat ular tersebut bersembunyi.


“Ular tiung cincin emas berjaya di tangkap dengan teknik menyepit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata sepanjang penugasan dijalankan keadaan selamat dan terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja perempuan jatuh tebing sungai berjaya diselamatkan
Next: Sumbangan Gawai eratkan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.