Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Beluru musnah sarang tebuan di Sungai Nunuk
  • Utara
  • WILAYAH

APM Beluru musnah sarang tebuan di Sungai Nunuk

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ANGGOTA APM memusnahakan sarang tebuan di celah dinding rumah pengadu.

BELURU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beluru bertindak pantas memusnahkan sarang serangga selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk di Sungai Nunuk, Beluru, malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluru menerima panggilan kecemasan pada 8.37 malam yang memohon bantuan APM bagi memusnahkan sarang serangga di rumahnya.

Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota APM Beluru diketuai Pbt. (PA) Gadieng Issau bersama empat anggota lain digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 20 kilometer dari PKOD dan tiba pada 8.40 malam.

Setibanya di lokasi, anggota APM dari Skuad Charlie berjumpa dengan pengadu yang memaklumkan sarang serangga tersebut berada di celah dinding rumahnya.

   SARANG serangga sebesar tapak tangan orang dewasa berjaya dimusnahkan dengan menggunakan semburan racun penyembur serangga.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, cucu kepada pengadu telah disengat serangga berkenaan di bahagian pipi dan telah dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, anggota APM kemudiannya menjalankan operasi dan berjaya memusnahkan sarang serangga jenis tebuan berukuran sebesar satu tapak tangan orang dewasa menggunakan semburan racun serangga.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.50 malam selepas memastikan keadaan selamat.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Punca gangguan bekalan air di Stumbin dan Tanjung Bijat dikenal pasti
Next: Monsun Timur Laut: JBPM pantau kawasan berisiko banjir di Sadong Jaya Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.