
TELANG USAN: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telang Usan berjaya membantu seorang lelaki yang tertinggal kunci di dalam kenderaannya di Kampung Cina, Long Lama, awal pagi tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Telang Usan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.05 pagi yang melaporkan insiden tersebut.
Skuad Bravo bergerak segera ke lokasi kira-kira 5 kilomter dari PKOD dengan kekuatan tiga anggota diketuai Pbt. (PA) Hilkia Balan Nuh.
Setibanya di lokasi, skuad tersebut menjalankan operasi dengan teknik mencungkil untuk membuka pintu kereta milik pengadu dikenali Wan Ajeng berusia lingungan 54 tahun.
Selesai tugas SkuadĀ Bravo bergerak pulang ke PKOD Daerah Telang Usan.
Oleh Jiku Juguong