Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM bantu bersih pokok tumbang di jalan utama ke Kem Temala Long Lama
  • Utara
  • WILAYAH

APM bantu bersih pokok tumbang di jalan utama ke Kem Temala Long Lama

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA APM Telang Usan membersih pokok tumbang yang menjejaskan laluan ke Kem Temala Long Lama. Foto : APM Telang Usan

TELANG USAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marudi bergegas ke lokasi pokok tumbang di jalan utama menuju ke Kem Temala, Long Lama, bagi membersihkan laluan sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 9.48 pagi dan mengarahkan empat anggota diketuai oleh Pbt. (PA) Hilkia Balan Nuh ke lokasi.

Katanya, Skuad Bravo bertolak dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), yang terletak sekitar 12 kilometer dari lokasi kejadian, pada 9.50 pagi dan mendapati pokok tumbang menghalang laluan serta menimpa wayar Telekom.

Skuad Bravo kemudian menjalankan operasi pembersihan sehingga laluan kembali selamat digunakan.

Operasi selesai sepenuhnya pada 11.05 pagi.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Naik taraf Pejabat Daerah Saratok dilaksana di bawah RTP DUN Kalaka
Next: PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah dibuka, 39 mangsa dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.