Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Asajaya musnahkan sarang tebuan di Kampung Sri Tajo
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Asajaya musnahkan sarang tebuan di Kampung Sri Tajo

Utusan Sarawak 4 hours ago
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Asajaya menjalankan operasi memusnahkan sarang tebuan di atas pokok rambutan berhampiran sebuah rumah penduduk di Kampung Sri Tajo, bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

ASAJAYA: Angkatan Pertahanan Awam Daerah Asajaya berjaya memusnahkan satu sarang tebuan yang ditemui di atas pokok rambutan berhampiran sebuah rumah penduduk di Kampung Sri Tajo, di sini, semalam.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Asajaya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk yang bimbang akan keselamatan ahli keluarga berikutan kewujudan sarang tebuan berkenaan yang terletak berhampiran kediaman.

Susulan laporan tersebut, Skuad Bravo APM Asajaya telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi tindak balas kecemasan. Pasukan berkenaan seterusnya melaksanakan kerja-kerja pemusnahan sarang tebuan menggunakan teknik bakar dan musnah.

“Operasi berjaya dilaksanakan dengan selamat dan terkawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM Asajaya menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan dengan situasi melibatkan sarang serangga berbisa atau berbahaya, sebaliknya segera mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang berhadapan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Asajaya di talian 082-827091 atau talian kecemasan kebangsaan 999.

Dalam pada itu, orang ramai turut digalakkan mengikuti saluran media sosial rasmi APM Asajaya bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan, kesiapsiagaan dan aktiviti pertahanan awam di daerah berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Model aset DUBS bukti kejayaan, sewaan jentera capai RM100,000 setahun
Next: APM Spaoh berjaya tangkap ular tedung 12 kaki di Kampung Bungin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.