Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aplikasi pintar MyJPJ rekod 14 juta pengguna seluruh negara
  • SEMASA

Aplikasi pintar MyJPJ rekod 14 juta pengguna seluruh negara

Utusan Sarawak 3 hours ago
IBADAH KORBAN…Hasbi ketika menyempurkan Pengagihan dan Penyerahan Daging Korban, anjuran Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd Limbang.

LIMBANG: Aplikasi pintar MyJPJ menggunakan MyDigital ID, yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sejak 1 Mei lepas kini merekodkan lebih 14 juta pengguna berdaftar.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, berkata pelaksanaan itu sebahagian inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

Hasbi yang menyempurnakan majlis Pengagihan dan Penyerahan Daging Korban, anjuran Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Limbang semalam turut merancang meluaskan lagi perkhidmatan digital kepada pelanggan JPJ di seluruh negara.

Seterusnya Hasbi memberitahu kementeriannya merancang untuk memperluaskan lagi pengambilan lesen E di Limbang melalui Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd tanpa perlu ke Miri dan sebagainya selain membangunkan litar untuk mendapatkan kelas E di daerah ini.

Katanya Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd memain peranan penting sebagai institusi memandu sejak lebih 25 tahun dan turut mengalami  tranformasi dalam menjadikannya hab sehenti di kawasan utara Sarawak  dalam memperluskan perkhidmatannya.

Pada masa sama katanya institusi itu juga banyak menyokong dan menjayakan pelbagai program antaranya Program MyLesen B2 yang merupakan inisiatif di bawah MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberi manfaat kepada anak-anak Limbang.

Turut hadir Pengarah Urusan Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd Salleh@ Mahmud Mohd Noor, Ahli Lembaga Pengarah Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd, Mohamad Seruji dan Norhafiezah Alie dan Pengurus Institut Memandu SA-VI Trans Sdn Bhd, Ating Hassan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak tunggu hasil kajian jajaran sebelum perluas rangkaian kereta api
Next: Wartawan kekal relevan sebagai benteng maklumat sahih dalam era media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.