TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Ambang Wira Sdn Bhd Rozita Ramli menyampaikan cenderamata kepada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya Ir Ahmad yusof,semasa Majlis Taklimat dan Perasmian Pelaksanaan Aplikasi Mobile E-Aduan untuk Bangunan Gunasama Persekutuan Zon Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar,Kuching, semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO
KUCHING: Aplikasi Mobile e-Aduan adalah salah satu usaha kecil Ambang Wira di dalam menyokong dan memperkasakan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Amir Omar berkata, aplikasi tersebut merupakan model lima maklum balas pelanggan yang dibangunkan oleh Ambang Wira Sdn Bhd.
“Ini bagi membolehkan pelanggan atau pengguna menyalurkan aduan menggunakan telefon mudah alih mereka.
“Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh membuat aduan kerosakan bangunan untuk diambil tindakan dan setelah aduan dibuat, pengguna akan menerima satatus aduan dari semasa ke semasa sehingga pembaikan atau isu diadukan selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelaksanaan Aplikasi Mobile e-Mobile oleh Ambang Wira Sdn Bhd di Auditorium Tingkat 17, bangunan Sultan Iskandar.
Sehubungan itu, beliau berharap dengan adanya penerangan mengenai penggunaan aplikasi mobile e-aduan itu ia dapat difahami dan digunapakai dan seterusnya pengurusan aduan kerosakan akan dapat ditangani dengan lebih baik.
“Ini kerana semuanya dapat diurus di hujung jari seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa perkhidmatan pelanggan dan industri, Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0)
“Diharapkan ari system pengurusan aduan pelanggan di Bangunan Gunasama Persekutuan dapat diperkemaskan dan seterusnya dapat ditangani dengan lebih efisen,” katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Ambang Wira Sdn Bhd Rozita Ramli berkata, 4IR mengubah cara hidup, bekerja dan berkomunikasi.
“Aplikasi Mobile e-Aduan adalah salah satu usaha kecil Ambang Wira di dalam menyokong dan memperkasakan 4IR.
“Melalui aplikasi ini, setiap aduan akan dipantau secara telus dan pengadu akan dimaklumkan status aduan masing-masing,” ujarnya.
Katanya lagi, aplikasi e-Aduan ini akan digunakan secara meluas di 20 bangunan gunasama di Zon Sarawak dan lapan bangunan gunasama di Zon Selatan.
“Ia akan memberi manfaat kepada lebih kurang 9,000 penghuni bangunan dan kami berharap aplikasi ini dapat memberi satu pengalaman baru.
“Ini merupakan usaha kamu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan juga penghuni bangunan selaras dengan 3-pillar yang membentuk nilai organisasi kami,” katanya.
Oleh JEAKQLEYN YACHO