Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aplikasi Bandar Pintar diperluas
  • TEMPATAN

Aplikasi Bandar Pintar diperluas

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH…Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata yang disampaikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii selepas merasmikan Miri Bandaraya Pintar yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Miri, semalam.

yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan diperluas ke Kuching, Sibu, Bintulu dan ke kawasan-kawasan lain di seluruh Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak kini memantau keberkesanan aplikasi itu dalam memberi perkhidmatan kepada warga Miri sebelum ia diperluas ke bandar lain di Sarawak.

“Pihak MBM sudah ada perkhidmatan aplikasi bandar pintar, saya lihat banyak, antaranya papan tanda digital, taman selamat, pusat arahan, parit pintar, bas pintar, trak pintar dan Miri-Cares.

“Dan inilah perkhidmatan yang kita beri kepada rakyat kita di Miri.

“Dengan kata lain, Miri akan dihubungkan ke Kuching.

Begitu juga dengan bandar-bandar lain yang telah kami kenal pasti, jika aplikasi bandar pintar ini berkesan,kita akan memperluaskan aplikasi ini ke Kuching, Sibu dan Bintulu.

Kemudian, ia akan diperluas ke kawasan lain yang mana seluruh Sarawak akan menjadi Smart Sarawak (SS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Miri Bandaraya Pintar yang diadakan di hotel terkemuka di sini, semalam.

Abang Johari berkata, Miri dipilih sebagai model bandar pintar pertama di negeri ini kerana kerana ia mempunyai semua sektor termasuk pelancongan,pendidikan dan agensi kerajaan tempatan.

Objektif pelaksanaan Bandar Pintar ini ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan MBM kepada warganya selari dengan usaha kerajaan memacu negeri ini ke arah ekonomi digital.

Dalam pada itu, beliau berkata,langkah diambil Kerajaan Sarawak sebagai tepat ketika melancarkan ekonomi digital tiga tahun lalu.

“Semasa kita beralih ke arah ekonomi digital tiga tahun yang lalu, ramai yang tidak yakin apa yang ingin saya laksanakan.

“Tetapi sejak penularan pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat semakin sedar akan kepentingan teknologi digital termasuk dalam urusan e-perniagaan,jual kuih-muih menggunakan telefon dan sebagainya,” ujarnya.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Pastikan penduduk daftar divaksin
Next: Tun Taib terima kunjungan hormat SUP Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.