Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Api terkawal di tapak pelupusan Kampung Jerijeh, operasi masih berjalan
  • KEBAKARAN

Api terkawal di tapak pelupusan Kampung Jerijeh, operasi masih berjalan

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMADAMAN KEBAKARAN… Pasukan bomba sedang giat memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh, Belawai. Foto PGO JBPM Sarawak

TANJUNG MANIS: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis masih meneruskan operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh, Belawai, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi memasuki hari kedua selepas kebakaran dilaporkan, semalam.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira satu ekar dan berlaku secara bertompok-tompok. Api kini berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, keadaan cuaca hujan membantu memudahkan usaha pemadaman dan mengawal kebakaran daripada merebak.

“Pasukan bomba masih giat menjalankan pemantauan dan operasi pemadaman sehingga kawasan benar-benar selamat,” ujarnya lagi.

Setakat berita ini ditulis, operasi di lokasi masih diteruskan oleh anggota bomba.

Untuk rekod, BBP Tanjung Manis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 2.58 petang, semalam.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bumbung kedai terbakar, operasi padam api ambil masa lebih sejam
Next: Tiada mangsa cedera dalam kebakaran bilik di bangunan kedai di Taman Bumiko

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.