Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Api marak , bomba pantas kawal kebakaran belukar di Permyjaya
  • KEBAKARAN

Api marak , bomba pantas kawal kebakaran belukar di Permyjaya

Utusan Sarawak 13 hours ago
PADAM…Pasukan bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran belukar berhampiran BSN Permyjaya di Miri, petang tadi.BBP Lutong.

MIRI: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran belukar yang marak berhampiran BSN Permyjaya di sini, petang tadi sebelum ia merebak lebih luas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang sebelum sepasukan bomba digerakkan  ke lokasi.

PADAM…Pasukan bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran belukar berhampiran BSN Permyjaya di Miri, petang tadi.BBP Lutong.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 3.53 petang, pasukan operasi mendapati benar berlaku kebakaran belukar seperti yang dilaporkan.

“Selepas membuat penilaian awal di lokasi, pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 100 kaki dari jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 4.00 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 petang selepas anggota memastikan keadaan benar-benar selamat,” katanya di sini.

Henry  berkata, kebakaran melibatkan kawasan belukar seluas sekitar 0.43 ekar dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran terbuka berlaku antara Kampung Saai, Kut di Daro
Next: Kebakaran gambut Tatau terkawal pada hari ketujuh operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.