Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APACE 2026 perkasa pembangunan bakat dalam sektor penerbangan, aeroangkasa Sarawak
  • TEMPATAN

APACE 2026 perkasa pembangunan bakat dalam sektor penerbangan, aeroangkasa Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn bercakap pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pert hari ini.

KUCHING: Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 27 hingga 29 Jan ini memainkan peranan penting dalam memperkasakan pembangunan bakat tempatan dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata program berkenaan bermatlamat melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang memiliki kemahiran khusus dalam bidang terbabit.

“Seperti kita sedia maklum, kita (Sarawak) memiliki syarikat penerbangan sendiri, AirBorneo, dan kita mahu rakyat kini mempunyai kemahiran diperlukan dalam bidang avionik, penerbangan, aeroangkasa serta teknologi berkaitan.

“Kita juga mengundang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk merasmikan persidangan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Kompleks Satria Pertiwi di sini hari ini.

Sagah berkata APACE akan melibatkan pelbagai kementerian di negeri ini, khususnya berkaitan dengan sektor penerbangan, aeroangkasa dan teknologi angkasa lepas, sekali gus mencerminkan pendekatan keseluruhan kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri bernilai tinggi selaras dengan aspirasi ekonomi dan teknologi jangka panjang negeri.

Beliau berkata persidangan terbabit dianjurkan dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS, dengan sokongan daripada Business Events Sarawak dan Borneo Business Connect Sdn Bhd.

APACE ialah platform antarabangsa strategik yang menghubungkan pihak berkepentingan dalam sektor aeroangkasa dan penerbangan di peringkat global dengan peluang baharu di Asia Tenggara. 

Program berkenaan merangkumi persidangan peringkat tinggi, pameran teknologi dan inovasi, sesi jaringan perniagaan serta hari pendidikan dan kerjaya dalam bidang aeroangkasa. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: APMM laksana hampir 12,000 pemeriksaan di perairan Sarawak sepanjang 2025
Next: Tangguh e-Invois beri ruang bernafas kepada PKS – Dato Sim Kiang Chiok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.