Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anwar ziarah Nancy, sampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Kamil
  • TEMPATAN

Anwar ziarah Nancy, sampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Kamil

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Hajah Nancy Shukri di kediamannya di Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri serta keluarga bagi menzahirkan ucapan takziah susulan pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Kamil Misuari.

Ketibaan beliau sekitar 5.45 petang tadi, disambut Nancy dan ahli keluarga di kediaman keluarga tersebut dalam suasana penuh hiba.

DATUK Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dan memberikan kata-kata semangat kepada Dato Sri Hajah Nancy Shukri. 

Anwar turut meluangkan masa bertemu waris serta ahli keluarga terdekat bagi memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada mereka yang sedang melalui saat sukar itu.

Beliau diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Ketika ditemui media, Anwar berkata kunjungan tersebut adalah bagi menzahirkan sokongan kepada Nancy yang kehilangan insan tersayang.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetamu kehormat yang lain bersama ahli keluarga Allahyarham Datuk Kamil Misuari merakamkan gambar kenangan semasa sesi menziarahi Dato Sri Nancy Shukri. 

“Hari ini kita menziarahi sahabat, rakan kita dalam Jemaah Menteri. Saya ucapkan takziah dan mohon kesabaran,” katanya ringkas.

Kehadiran Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keluarga Nancy yang sedang berdepan kehilangan insan tersayang.

Allahyarham Datuk Kamil menghembuskan nafas terakhir pada 18 Jun lalu dan selamat dikebumikan 5.15 petang, 19 Jun.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada rakan-rakan serta kenalan yang pernah mengenali sifat peribadi Allahyarham yang mesra dan disenangi ramai.

Dalam kesempatan itu, Anwar turut mendoakan agar Nancy dan seluruh ahli keluarga terus diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

Terdahulu, pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin kerajaan Persekutuan dan Sarawak hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah dikebumikan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Penyerahan kembali Pelabuhan Bintulu, perkukuh agenda pembangunan ekonomi Sarawak – Abang Johari
Next: Belia Sarawak perlu rebut peluang ekonomi di Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.