Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri India atas pencapaian bersejarah
  • NASIONAL

Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri India atas pencapaian bersejarah

Utusan Sarawak 6 hours ago
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri India Narendra Modi di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang. 7 Februari 2026. Foto fail facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, atas pencapaian bersejarah beliau sebagai ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar berkata pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di pentas global.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Modi atas pencapaian bersejarah beliau sebagai Perdana Menteri India yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat,” kata Anwar.

Modi mula memegang jawatan Perdana Menteri India pada Mei 2014.

Anwar berkata Malaysia menghargai hubungan persahabatan erat telah sekian lama terjalin dengan India, serta menantikan kerjasama berterusan bagi memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas peluang yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” kata beliau.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dorsett, Tourism Malaysia lancar kempen diskaun penginapan hotel hingga 30 peratus
Next: Dakwaan ugutan jenayah terhadap Azam Baki diklasifikasikan NFA – AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.