Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100, doakan kesejahteraan Dr Mahathir
  • SEMASA

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100, doakan kesejahteraan Dr Mahathir

Utusan Sarawak 15 hours ago
Foto Facebook Anwar

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar turut menyifatkan gaya hidup sihat dan amal bakti Dr Mahathir yang tidak pernah terhenti sebagai teladan kepada sebuah negara yang sedang menua.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi. Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” katanya.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak dua kali, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 serta sekali lagi pada 2018.

Ketika dilantik semula pada usia 92 tahun, beliau menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan
Next: Kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur CCBW 2025 ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.