Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar sampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste, bertemu Gusmão
  • NASIONAL

Anwar sampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste, bertemu Gusmão

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste pada hari kedua lawatan rasmi beliau hari ini. Anwar disambut Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste, Maria Fernanda Lay pada 8.55 pagi untuk pertemuan ringkas di Pejabat Presiden di sini, sebelum menyampaikan ucapannya pada 9 pagi. Ucapan itu dianggap satu penghormatan istimewa yang mencerminkan kehangatan serta keyakinan yang semakin meningkat dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste. Foto BERNAMA

DILI (TIMOR-LESTE): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste pada hari kedua lawatan rasmi beliau hari ini.

Anwar disambut Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste, Maria Fernanda Lay pada 8.55 pagi untuk pertemuan ringkas di Pejabat Presiden di sini, sebelum menyampaikan ucapannya pada 9.00 pagi.

Ucapan itu dianggap satu penghormatan istimewa yang mencerminkan kehangatan serta keyakinan yang semakin meningkat dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste pada hari kedua lawatan rasmi beliau hari ini. Anwar disambut Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste, Maria Fernanda Lay pada 8.55 pagi untuk pertemuan ringkas di Pejabat Presiden di sini, sebelum menyampaikan ucapannya pada 9 pagi. Ucapan itu dianggap satu penghormatan istimewa yang mencerminkan kehangatan serta keyakinan yang semakin meningkat dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste. Foto BERNAMA

Pada 10.00 pagi, Perdana Menteri meneruskan jadual di Istana Kerajaan bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão.

Sesi berkenaan turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) diikuti sidang media bersama pada 11.00 pagi.

Pada 11.30 pagi, berlangsung acara ekonomi penting dengan pelancaran projek pembangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) di Pelabuhan Dili, yang dijangka meningkatkan keupayaan Timor-Leste menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

Anwar akan mengadakan sidang media bersama media Malaysia pada 12.30 tengah hari, sebelum berangkat ke Istana Presiden bagi menyampaikan Syarahan Presiden dan menghadiri Majlis Penganugerahan pada 2.00 petang.

Dalam majlis di China Hall itu, Anwar akan dikurniakan Grand Collar of the Order of Timor-Leste, iaitu anugerah sivil tertinggi negara tersebut.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 3.30 petang waktu tempatan, sekali gus mengakhiri lawatan rasmi dua hari — yang juga lawatan pertama oleh seorang pemimpin Malaysia ke Timor-Leste dalam tempoh 22 tahun.- Bernama

Continue Reading

Previous: Semakan subsidi RON95 dibuka Khamis ini
Next: Taufan Super Ragasa: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada di Hong Kong, Macao

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.