Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Anwar, Putin bincang keterjaminan bekalan tenaga, perdagangan dalam mata wang tempatan 
  • BISNES

Anwar, Putin bincang keterjaminan bekalan tenaga, perdagangan dalam mata wang tempatan 

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Memperingati ASEAN–Rusia di ruang galeri Teater Akademik Negeri Tatar hari ini. Foto BERNAMA

KAZAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan Anwar dan Putin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak.

“Mereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal,” jelas kenyataan itu.

DATUK Seri Anwar Ibrahim (kedua dari kiri) semasa mesyuarat dua hala bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Bilik Mesyuarat Dua Hala, Teater Akademik Negeri Tatar, hari ini. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (ketiga dari kiri) dan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kiri). Foto BERNAMA

Perbincangan kedua-dua pemimpin itu juga meliputi usaha memudah cara pergerakan rakyat melalui pemansuhan visa, serta penerokaan mekanisme bagi memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan iaitu ringgit dan ruble.

“Kerajaan MADANI akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk melalui kerjasama antarabangsa yang mampu menjamin kestabilan, kesinambungan dan daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat serta kemakmuran negara,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri  Kewangan kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dari 17 hingga 18 Jun. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.