Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anwar perkasa usaha diplomatik Malaysia pada hari kedua di Tianjin
  • GLOBAL

Anwar perkasa usaha diplomatik Malaysia pada hari kedua di Tianjin

Utusan Sarawak 3 days ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping yang menyambut dan mengalu-alukan ketibaan beliau ke Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang (TMCC) di sini, malam tadi. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta isteri Presiden China, Peng Liyuan. Foto Bernama

TIANJIN, China: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia serta mengulangi semula komitmen negara terhadap multilateralisme, pada hari kedua lawatan kerja beliau di sini.

Program beliau hari ini bermula dengan penyampaian syarahan umum bertajuk “Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia”, di Universiti Tianjin iaitu universiti moden tertua di China.

Ditubuhkan pada 1895, Universiti Tianjin terkenal dengan program dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan sains.

Universiti itu juga mempunyai program berkembar dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam bidang kejuruteraan kimia.

Sebanyak 500 pelajar, ahli akademik dan wakil kumpulan pemikir, dijangka hadir ke syarahan itu.

Selepas syarahan umum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan pertemuan perniagaan secara bersemuka dengan dua syarikat terkemuka China iaitu Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC)

Rianlon Corporation yang beribu pejabat di Tianjin, merupakan peneraju global dalam bidang bahan tambahan polimer, membekalkan bahan termaju yang menyokong pelbagai industri termasuk automotif dan elektronik.

Sementara itu, CCCC  merupakan penyedia perkhidmatan infrastruktur berskala besar bertaraf global terkemuka.

Syarikat tersenarai di Bursa Hong Kong dan termasuk dalam senarai Fortune Global 500 itu merupakan kontraktor utama bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia, melalui anak syarikat tidak langsungnya, China Communication ECRL Sdn Bhd.

Kemuncak lawatan Perdana Menteri di Tianjin itu ialah penyertaan di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025, selepas dijemput China selaku selaku pengerusi semasa, untuk menyampaikan ucapan pada SCP Plus Summit pada 4.00 petang.

Sidang Kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Meijian, Tianjin, akan dihadiri lebih daripada 20 pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Walaupun Malaysia bukan negara pemerhati atau rakan dialog kepada SCO, namun kehadiran Anwar di sidang kemuncak itu, menyerlahkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati dalam hal ehwal global.

Ia juga merupakan manifestasi kepada hubungan erat dan kepercayaan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Perdana Menteri dan delegasinya selepas itu akan berlepas ke Beijing pada malam bagi meneruskan bahagian kedua lawatan kerja empat hari beliau, yang melibatkan pertemuan penting dengan pemimpin tertinggi China dan tokoh industri utama.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Elaun Ahli Parlimen Indonesia serta beberapa keistimewaan ditarik balik – Prabowo
Next: 10 maut, 50 cedera gempa bumi landa timur Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.