Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anwar hadir pembukaan, sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN
  • GLOBAL

Anwar hadir pembukaan, sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN

Utusan Sarawak 2 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, Kepulauan Flores di Wilayah Nusa Tenggara Timur hari ini. FotoBERNAMA

LABUAN BAJO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 hari ini untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau.

Sebanyak lapan ketua kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei.

Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Jen Dr Kao Kim Hourn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Para pemimpin memulakan pertemuan dua hari mereka untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan menghadapi cabaran semasa.

Ini selaras dengan tema pengerusi ASEAN pada 2023 iaitu Indonesia, “ASEAN Matters: Epicentre of Growth”. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penahanan Imran Khan cetus protes di Pakistan
Next: Singapura catat suhu tertinggi dalam tempoh 40 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.