Anwar bertemu Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah bincang kerjasama strategik

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.

Anwar berkata pertemuan itu menekankan kepentingan hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bernama