Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar akan sampaikan ucapan khas pada Dialog Shangri-La ke-22
  • SEMASA

Anwar akan sampaikan ucapan khas pada Dialog Shangri-La ke-22

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DIALOG Shangri-La (SLD) tahunan telah kembali! Edisi tahun ini – ke-22 – akan menyaksikan 47 negara akan hadir, dengan 40 perwakilan peringkat Menteri, 20 perwakilan peringkat Panglima Angkatan Pertahanan dan lebih daripada 20 pegawai kanan pertahanan, serta ahli akademik terkemuka.

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan khas pada Dialog Shangri-La ke-22 (SLD) di Singapura, esok, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) republik itu.

Dalam satu kenyataan, MINDEF memaklumkan bahawa persidangan utama pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik itu, yang dihoskan oleh Singapura, berlangsung hari ini hingga Ahad ini.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula dijadual menyampaikan Ucaptama tahun ini, hari ini.

“Edisi tahun ini, anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) akan disertai 47 negara, termasuk 40 perwakilan peringkat menteri, 20 ketua angkatan tentera, lebih 20 pegawai kanan pertahanan serta tokoh akademik terkemuka,” menurut kenyataan itu.

Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam akan menjadi hos majlis makan malam untuk para delegasi esok di Hotel St. Regis.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing akan berucap pada sidang pleno ketujuh pada Ahad ini bertemakan “Meningkatkan Kerjasama Keselamatan demi Asia-Pasifik yang Stabil”.

MINDEF turut memaklumkan bahawa Chan akan menjadi tuan rumah sesi meja bulat bersama menteri-menteri pertahanan yang hadir, esok, dan Ahad ini, serta mengetuai mesyuarat sarapan pagi bersama menteri-menteri pertahanan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan menteri dan pegawai kanan dari pelbagai negara di luar persidangan itu.

Sejak diperkenalkan pada 2002, Dialog Shangri-La telah menjadi platform terbuka dan neutral yang penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu serta inisiatif pertahanan dan keselamatan serantau. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wartawan pemegang amanah integriti – PM Anwar
Next: Fadillah ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.