Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Trump
  • NASIONAL

Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Trump

Utusan Sarawak 4 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad. Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu menghadiri pertemuan tersebut sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perjanjian Damai KL itu yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet itu menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan permusuhan serta memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan antara kedua-dua negara.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan serantau antara topik yang dijangka dibincangkan semasa lawatan sulung Trump ke Malaysia.

Menurut Kagan, Malaysia merupakan rakan kongsi yang amat penting bagi AS, memandangkan syarikat negara itu telah membuat pelaburan besar dalam sektor ini, khususnya yang menumpukan kepada rantaian bekalan Barat.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957. Pada 2014, kedua-dua negara telah meningkatkan hubungan itu kepada Tahap Perkongsian Komprehensif.

AS merupakan antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion (AS71.39 bilion) pada 2024.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Anwar, Trump saksikan pemeteraian ‘Delivering Peace’ Thailand – Kemboja
Next: Sultan Pahang bangga Tengku Hassanal tamat Kursus Asas PASKAU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.