Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2025 angkat kecemerlangan wartawan Sarawak
  • TEMPATAN

Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2025 angkat kecemerlangan wartawan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERBAIK…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan warga media Sarawak bergambar kenangan selepas Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Kuching, malam tadi. Foto KDJA

KUCHING: Anugerah Kewartawanan Kenyalang (Kenyalang Journalism Awards – KJA) 2025 sekali lagi menjadi wadah menghimpunkan warga media Sarawak bagi meraikan hasil kerja kewartawanan cemerlang sepanjang tahun lalu dalam majlis gilang-gemilang di sini, malam tadi.

Penganjuran edisi ke-37 anugerah berprestij itu oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) mengiktiraf kecemerlangan karya kewartawanan merentas pelbagai platform dan bahasa, selaras dengan landskap media Sarawak yang semakin berkembang dan bersifat majmuk.

PEMENANG Anugerah Premier bergambar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat yang lain pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Kuching, malam tadi. Foto KDJA

Tahun ini, sebanyak 435 penyertaan diterima melibatkan 10 kategori anugerah serta empat seksyen bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Iban, selain kategori khas kewartawanan foto serta siaran televisyen.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Kewartawanan Press Metal (Rencana dan Rencana Berita), Anugerah Laporan Berita Pelabuhan Bintulu, Anugerah Laporan Sukan, serta Anugerah Kewartawanan Penyiaran. Selain itu, turut dipertandingkan Anugerah Kewartawanan Kelestarian Sarawak Energy dan Anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Shell.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan kepada K.C. Jong pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Kuching, malam tadi. Foto KDJA

Kategori lain termasuk Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar PETRONAS, Anugerah Kewartawanan Foto Pelabuhan Bintulu, Anugerah Esei Foto Hock Seng Lee, serta Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital Premier Sarawak.

Majlis anugerah itu disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata dunia kewartawanan kini berdepan cabaran baharu susulan perubahan teknologi yang pesat, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang memberi kesan meluas kepada hampir semua sektor.

AMANAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Kuching, malam tadi. Foto Norman B

Menurutnya, wartawan Sarawak memiliki ciri kewibawaan apabila berupaya menulis, menganalisis serta menyampaikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai kepada masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa keupayaan berfikir, integriti serta etika kewartawanan perlu terus diperkukuh agar pengamal media mampu menilai kesahihan maklumat dan memainkan peranan penting dalam menyampaikan kebenaran kepada rakyat.

Sementara itu, Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei, dalam ucapan alu-aluannya berkata KJA merupakan satu-satunya pertandingan kewartawanan yang berakar umbi daripada pengalaman Sarawak, sekali gus mencabar wartawan untuk menyelami isu tempatan secara lebih mendalam, tepat dan berkesan.

“Anugerah KJA bukan sekadar pengiktirafan, malah menjadi pengesahan terhadap integriti kewartawanan serta pemangkin semangat kepada generasi wartawan baharu. Ia juga berperanan sebagai penanda aras kualiti yang mendorong semua pengamal media terus meningkatkan standard profesion ini,” katanya.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Premier kepada empat penyertaan terbaik mewakili seksyen media masing-masing. Pemenang Anugerah Premier ialah Zarina Abdullah (Suara Sarawak) bagi Bahasa Malaysia; Tan Siok Thin (See Hua Daily News) bagi Bahasa Cina; Jenifer Laeng (The Borneo Post) bagi Bahasa Inggeris; serta Monica Gerry (RTM Sarawak) bagi kategori Penyiaran.

Pada majlis sama, KDJA turut menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan kepada K.C. Jong sebagai penghargaan atas sumbangan, dedikasi dan jasa beliau dalam dunia kewartawanan Sarawak selama beberapa dekad.

Oleh Norman B dan Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang tekankan keyakinan, disiplin belia melalui tarian
Next: JPJ Sarawak laksana Ops Krismas dan Ops Lebih Muatan di Jalan Sibu-Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.