Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Anugerah Hari Guru pacu mutu pendidikan negara
  • PENDIDIKAN

Anugerah Hari Guru pacu mutu pendidikan negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek berucap pada majlis Anugerah Hari Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2025, hari ini. -Foto Bernama

KUCHING: Anugerah sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-54 bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi menjadi langkah konkrit dalam memartabatkan mutu pendidikan negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sebarang perubahan besar dalam pendidikan, bermula daripada unit paling asas iaitu bilik darjah iaitu tempat guru dan murid berinteraksi setiap hari, mencorak hala tuju pembelajaran sebenar.

“Apabila kita membicarakan tentang reformasi sekolah, tiada tempat lain yang lebih sesuai dan memberikan kesan langsung kepada pendidikan anak-anak, melainkan di dalam kelas masing-masing.

“Terima kasih cikgu-cikgu sekalian, kerana terus komited dalam mendidik dengan hati yang luhur. Semoga usaha ini menjadi asas kukuh dalam melonjakkan kualiti pendidikan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan tersebut di sini, hari ini.

Fadhlina berkata majlis itu bukan sekadar simbolik, tetapi turut mengiktiraf guru cemerlang yang berjaya melaksanakan pembaharuan berimpak dalam pengajaran dan pembelajaran. 

“Saya tekuni setiap pencalonan. Ada anugerah yang saya sendiri minta untuk ditambah, kerana saya merasakan guru-guru ini wajib kita hargai.

“Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain, dan usaha ini akan terus kita perkasakan,” katanya.

Pada majlis itu, para penerima bagi Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Guru Ikon, Anugerah Guru Berwibawa, Anugerah Khas Bitara Bahasa serta Anugerah Khas Menteri Pendidikan masing-masing menerima sijil, plak penghargaan dan wang tunai berjumlah RM3000, RM1000 dan RM500 mengikut kategori.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program Perkhemahan Bersepadu bina individu berdikari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.