

PENGHULU Nyah gelisah. Terduduk bersandar di kerusi hijau empuk di balai raya. Melihat skrin monitor laptop Acer Aspire One dengan tenungan tajam.
Jejarinya menyentuh kepala tetikus yang bewarna hitam sambil membuka satu per satu subfolder dokumen dalam folder PEMBANGUNAN KAMPUNG ULU SIBOKAH.
Cursornya digerakkan agar skrin tidak padam sambil memikirkan perancangan berikutnya. Perancangan untuk membuat kertas kerja memohon projek pembangunan lain untuk kampung tercinta ini.
“Semua yang kamu buat itu tidak betul,” kata Ajong. Setiap muka di dalam balai raya itu diperhatikannya. Dia bakal menjadi Ketua Kampung tidak lama lagi. Dia berkuasa kerana pengaruh orang kampung di sebaliknya.
“Apa salahku?” tanya Penghulu Nyah. Matanya memandang tepat ke arah Ajong. “Apa salahku, Ajong?” ulang Penghulu Nyah lagi. Dia tahu. Dia tidak sepatutnya bersikap sebegitu kepada Ajong. Tetapi hatinya panas benar. Dia dicabar bulat-bulat oleh orang itu.
Kesemua yang hadir mesyuarat di balai raya itu gelisah. Keadaan agak tegang sebentar. Cahaya lampu putih terang benderang memberi peluang kepada anak-anak muda melayari internet. Asyik benar mereka berinternet seolah-olah tiada esok bagi mereka.
Tenaga solar membawa erti kesenangan kepada penduduk kampung ulu pedalaman Sarawak ini. Adat dan budaya kaum masih dikekalkan walaupun diselubungi arus teknologi maklumat.
Kekuatan Wifi Komuniti memudahkan capaian internet selaras dengan inisiatif digital negeri Sarawak. Masa depan mendepani arus digital sudah kelihatan cerah menjelang 21 tahun lagi.
Anak-anak muda sudah kelihatan advanced dan bijak mengenai dunia komputer termasuk Ajong.
Pop! Satu mesej masuk melalui aplikasi Messenger Facebook Kampung Ulu Sibokah. Pertama kali masuk dalam sejarah mesyuarat kampung.
Facebook ciptaan Penghulu Nyah demi kemajuan kampungnya sebulan lepas. Gambar pemandangan sungai kampung telah dijadikan sebagai profile picture Facebook itu.
Jumlah friends meliputi 215 orang penduduk kampung dan segala post merangkumi projek pembangunan dan tempat menarik.
Hati Penghulu Nyah berasa maha kencang bergolek di dalam sana. Dicapainya tetikus dan terus diklik pada mesej tersebut.
– Selamat malam, Penghulu Nyah. Saya Datuk Deraman. Saya ingin memberitahu info mengenai penghulu projek jambatan besar menuju ke kampung Ulu Sibokah.
– Selamat malam, Datuk.
Suasana tenang di balai raya kecoh setelah menerima mesej tersebut. Angin yang bertiup mendayu lembut tidak dapat menenteramkan perasaan marah Ajong dan rakan-rakannya.
Penghulu Nyah dibarisi oleh golongan tua. Orang kampung hanya melihat dan mendengar seperti orang tengah. Tiada bantahan malahan penyokong pun tiada.
Balas mesej itu!” tegah Ajong sambil menghentak meja.
Terkejut semua yang berada di situ dengan sentakan tersebut.
Segera Penghulu Nyah menaip pantas jejarinya di atas papan kekunci laptopnya.
– Kenapa, Datuk? Ada yang boleh saya bantu?
– (Typing message…)
Penghulu Nyah terus mengengsotkan kerusi beroda itu menuju ke arah extension wire. Laptopnya sudah menerima amaran battery is low.
Penghulu Nyah masih tetap dengan pendiriannya. Dia tahu hal itu salah. Apa salahnya? Dia kurang mengetahui. Begitu juga kata-kata liar orang kampung yang menentangnya.
Perkara itu memang menyokong kerajaan tetapi melanggar kepercayaan penduduk kampung Ulu Sibokah.
Janganlah hanya menjadi mata dan telinga kerajaan, tetapi kita harus bangkit. Bangkit meneruskan pembangunan usaha kerajaan, tetapi dengan cara yang baik.
– Projek itu sudah diluluskan oleh Board of Directors Syarikat Bridges Co. pada mesyuarat hari ini. Saya telah mempertahankan projek di Kampung Ulu Sibokah demi kepentingan pembangunan di sana. 200,000 harga jumlah projek itu dan 100,000 akan dimasukkan ke dalam akaun Penghulu Nyah.
– Kenapa perlu dimasukkan ke dalam akaun saya? Adakah saya kontraktor projek ini?
Segala perbincangan Penghulu Nyah dengan Datuk Deraman melalui Facebook Messenger telah dipaparkan pada skrin projektor. Penduduk kampung menyaksikan perbualan tersebut bersama kertas cadangan mereka.
Mikrofon sudah diletakkan di tengah barisan bersama pemegangnya. Agenda kampung harus diketahui oleh orang kampung.
Penghulu Nyah mengelap keringat dingin yang mula membasahi pangkal dahinya setelah melihat jawapan Datuk Deraman.
“Nampak tak kesalahan penghulu di sana? Screenshot messenger tersebut untuk dijadikan bukti rasuah,” Ajong berhenti sambil mengambil nafas. Suaranya tertib dan dia menyambung semula kata-katanya.
Ajong tidak sesekali bersifat begitu kepada orang tua tetapi hak orang kampung harus dipertahankan.
Ditunjukkan jari ke arah muka Penghulu dengan perasaan tidak puas hati. Tentang harapan kampung. Tentang keinginan kampung.
Tentang masa depan kampung. Ajong benar-benar kecewa! Cukup kecewa dengan apa yang berlaku sekarang antara Penghulu Nyah dan Datuk Deraman. Mengapa semua ini harus menimpa aku yang tidak berdaya ini pada waktu sekarang?
“Apakah perasaan penghulu sekarang? Penghulu suka dengan ganjaran itu?” tambah Ajong lagi.
Penghulu Nyah benar-benar marah dengan tindakan Ajong. Mukanya merah padam. Maruahnya sebagai penghulu telah tercabar.
Belum pernah orang kampung mempersendakannya selama ini. Dalam sejarah hidupnya, ini adalah tamparan besar yang paling hebat.
Sebelum ini, tiada seorang pun yang berani mengangkat muka. Tiada siapa yang berani menentangnya.
Penghulu Nyah tahu dia sentiasa benar. Pemerintah kerajaan seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kerajaan selalu menyokongnya dan tidak suka orang kampung menentang mereka. Keadaan agak tegang seketika.
Ajong yang berbadan gempal dengan dahi yang luas itu mula mengorak langkah duduk di hadapan bersama dengan barisan AJK Kampung Ulu Sibokah.
Ajong mula mendapat semangat baru setelah mendapat gandingan daripada lepasan graduan dan para guru yang amat berpengalaman yang turut hadir dalam usaha memajukan kampung ini.
Ajong merupakan seorang lepasan graduan teknologi maklumat dalam bidang pembinaan sistem dan kini bekerja sebagai Senior IT dalam Seksyen Keselamatan Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta. Kini, beliau dipertanggungjawabkan untuk dalam mentadbir Biro ICT peringkat kampung.
– Saya akan menghantar maklumat sulit berkenaan projek jambatan mega ini berserta gambar pelan projek dalam Google Drive. Awak boleh mengakses segala dokumen ini selagi adanya talian internet dan saya akan memberi link dokumen melalui Whatsapp. Projek ini akan mengambil masa 2 bulan. Saya tidak mahu tentangan atau bantahan daripada penduduk kampung. Ingat awak dapat duit, saya dapat sebidang tanah kampung itu.
– Tapi…(typing message)
– Tapi apa Penghulu Nyah? Saya sudah memberikan komisen kepada awak.
– Tapi ini untuk pembangunan kampung. Bukan untuk saya seorang.
– Cubalah Penghulu Nyah mendengar dan hanya menurut arahan sahaja. Ini untuk kepentingan awak juga. Sekejap lagi saya akan beri linknya.
Kembang kuncup dada Penghulu Nyah melihat kenyataan Datuk Deraman pada paparan Messenger. Kampung Ulu Sibokah perlu dimajukan.
Itulah cita-citanya. Walaupun Penghulu Nyah seorang lepasan diploma ICT di salah sebuah politeknik di Sarawak pada suatu masa dahulu, namun beliau memiliki bakat tokoh kepimpinan arwah bapanya.
Pantas Ajong menidakkan andaian buruk terhadap Penghulu Nyah. Dia menyimpulkan keyakinan untuk membantu Penghulu Nyah kerana kredibilitinya.
Sel-sel otaknya ligat mencari ketentuan dan penilaian positif terhadap Penghulu Nyah. Usaha yang dirancangnya itu baik untuk penduduk kampung.
Ajong terus mengeluarkan laptopnya yang telah lama disimpan dalam beg galasnya. Laptop HP lebih canggih berbanding dengan laptop penghulu dengan memiliki reputasi lebih bertenaga lagi.
Laptop itu boleh menampung 10 Megabyte RAM untuknya bekerja sebagaidengan pelbagaipengkegunaan pada suatu masa. Ajong membuang rasa egonya.
Seakan ingin berkongsi sesuatu bersama dengan Pengulu Nyah dan penduduk kampung melalui kepakaran ICTnya.
– https://drive.google.com/drive/folders/1w238990091892-wcgHepAkQrs55. Ini pautannya. Jangan sesekali awak beritahu perkara ini kepada penduduk kampung. Nahas awak.
– Baik Datuk.
Begitu pantas link diberikan kepada Penghulu Nyah. Kesejukan dan kesunyian malam itu mencengkam tubuh penduduk kampung yang hadir.
Mereka penghuni tetap kampung itu. Fikiran Penghulu Nyah masih bermain dengan persoalan tindakan Datuk Deraman.
Ajong telah banyak belajar dan sudah cukup dewasa akan usaha mengenai pembangunan kampung.
Ajong tidak mahu penduduk kampung merana kerana permintaan Datuk Deraman. Ajong tidak peduli.
Datuk Deraman bersenang-senang hendak mengaut sebidang tanah. Nanti habis tanah kampung digadai.
Ajong terus membuka link tersebut pada laptop Penghulu Nyah. Banyak folder mengenai latar belakang, peruntukan dan jangka masa projek dijalankan.
Ada sebuah folder tertulis nama D. Mungkin tersalah masuk dalam link itu. Ajong terus klik dan melihat banyak kejayaan Datuk Deraman dalam pembangunan beserta hasil keuntungannya.
Penyata bank menunjukkan gajiannya jutaan ringgit. Ramai sekali kontraktor telah melabur saham dalam syarikat Datuk Deraman.
Tiba-tiba, paparan laptop Penghulu Nyah mengeluarkan notification: You are corruptor yang sangat banyak sekali. Tidak sempat untuk Ajong save dokumen tersebut dalam laptop Penghulu Nyah.
Persis halilintar datang meragut tangkai jantung Penghulu Nyah. Hampir tumbang tetapi sempat disambut oleh penduduk kampung. Peluhnya bermanik-manik di dahi.
“Penghulu Nyah, benarkan aku bercakap sedikit.” Ajong terus tunduk dan klik pada sebuah fail di desktop laptopnya. Fail itu disalin, diletakkan dalam external hard disk miliknya.
“Kita kena banteras kegiatan rasuah ini, Penghulu Nyah. Saya tidak sanggup kampung kita wujud bibit-bibit perpecahan disebabkan perkara ini. Kita mahu kampung kita maju. Saya akan bantu apa yang saya mampu,” terang Ajong.
“Saya sokong kamu, Ajong. Terserah kepada kamu wahai anak muda,” suara lemah Penghulu Nyah.
Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Pop up advertisement itu menyerang tanpa belas kasihan dan berlaku skrin biru atau Blue Screen of Death tanpa sebab yang jelas. Prestasi laptop Penghulu Nyah juga lembap.
Ajong terus meletakkan USB external hard disk pada sebelah kanan laptop Penghulu Nyah. Jemarinya amat yakin menekan tetikus dan meneliti semua fail dalam paparan nama Antivirus. Antivirus merupakan atur cara terbaik yang digunakan utk mengesan dan menghapuskan virus komputer.
Ajong terus double click pada installer INTEGRITI.
INTEGRITI merupakan sebuah atur cara antivirus yang dibangunkan oleh syarikat Perisian IV, syarikat tempat kerja Ajong yang berpusat di Perth, Australia dan diterbitkan khas pertama kali pada tahun 2019.
INTEGRITI kini digunakan di seluruh dunia korporat dan menjadi satu perisian antivirus perniagaan di kalangan pengguna Microsoft Windows.
Atur cara INTEGRITI adalah percuma untuk kegunaan komersil. Perisian ini digunakan bertujuan untuk mencegah banyak jenis ancaman komputer dan dikhaskan untuk kegiatan rasuah, penyelewengan wang haram, salah guna dokumen dan salah guna kuasa.
Pangkalan Data Pemulihan juga dicipta untuk memulihkan fail-fail yang dijangkiti oleh virus komputer. Antivirus itu juga memiliki hubungan talian yang sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
– RASAKAN. RASAKAN. RASAKAN
Notification tersebut keluar bertalu-talu. Keluar bersama gambar tengkorak manusia yang amat meruntun hati. Penggodam gunaan Datuk Deraman begitu hebat.
Memang ini salah Penghulu Nyah juga. Bermati-matian mempertahankan Datuk Deraman yang telah menggunakan taktik kotor. Salah tetap salah.
Hati Ajong kecewa dengan perbuatan Datuk Deraman. Segalanya berbaur kesumat, geram, benci dan tiada perikmanusiaan.
Ketenangan di dalam balai raya terusik sangat. Bahang virus menyerang laptop Penghulu Nyah amat membimbangkan.
Kelihatan pada paparan skrin projektor. Terpampang perkataan YOU ARE CORRUPTOR yang sangat besar sehingga mengejutkan golongan tua di balai raya itu.
Penduduk kampung mulai bingit dan pertama kali berlaku perkara ini semasa mesyuarat mereka.
“Bertenang, semua. Biar Ajong selesaikan perkara ini,” jerit salah seorang penduduk kampung itu.
Ajong lebih arif mengenai keadaan ini sebab pengalamannya mengenai ICT amat meluas. Ajong mengenggam-genggam erat kelima jari kanannya.
Jari-jemarinya mulai menaip sesuatu pada Command Prompt. Segala yang berlaku sungguh kejam dan di luar jangkaan mereka yang melihatnya.
Windows Firewall antivirus mampu menyekat serangan virus tersebut tetapi perlahan. Protection and Control pada antivirus dibuka dan terus scan segala serangan tersebut. Virus tersebut sungguh keras.
Silap Penghulu Nyah tidak mengukur baju di badan sendiri apabila berurusan dengan golongan korporat seperti Datuk Deraman.
Golongan korporat sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat apa yang mereka inginkan.
Detik ini, Ajong harus membuktikan diri beliau, bukan sahaja sebagai anak kampung yang terpelajar tetapi untuk menyelamatkan maruah kampung.
ANTIVIRUS INTEGRITI IS STILL IN PROCESSING
– CRITICAL AREAS SCAN – Running 10%
– FULL SCAN – Running 20%
– INTEGRITI SCAN – Running 20%
Ajong terkesima. Antivirus Integriti masih meneruskan proses scanning. Banyak data dan dokumen daripada laptop Penghulu Nyah dapat diselamatkan.
Semua data dalam program D dapat diselamatkan. Program C sudah banyak yang hilang ditelan virus.
Usaha Ajong sungguh murni. Menyelamatkan segala perancangan projek untuk kebaikan bersama orang kampung. Folder dan subfolder berikut dapat diselamatkan dengan kekuatan antivirus INTEGRITI.
Perancangan Kampung Ulu Sibokah
• Kertas Kerja/Proposal
• Pelan Tanah Kampung
• Projek Pembangunan Kampung
• Gambar Tempat Menarik Kampung
• Biro Wanita
• Biro Belia
• Biro ICT
• Laporan Bendahari Kampung
• Laporan Setiausaha Kampung
Sanggup Datuk Deraman menggodam laptop Penghulu Nyah demi kepentingannya sendiri. Apakah yang dimiliki oleh Penghulu Nyah sehingga sanggup berbuat sedemikian?
Adakah tanah peninggalannya yang sungguh banyak di kampung ataupun kekayaan Penghulu Nyah yang sudah melebihi daripadanya. Semua perkara ini berlaku dalam sekelip mata.
Usaha untuk memulihkan dan menjernihkan keadaan ini terletak melalui kepakaran Ajong. Lantas Ajong terus menekan punat delete pada antivirus tersebut dan jemarinya pantas klik Report to SPRM pada antivirus tersebut.
Virus tersebut dapat dihapuskan serta merta. Laptop itu gelap dan off seketika.
Terus Ajong menghidupkan laptop itu semula dan restore semua yang berlaku sebentar tadi. Facebook Kampung Ulu Sibokah dibuka kembali bersama paparan video Facebook Messenger. Dalam keadaan tak sedar, facebook tersebut dikuasai oleh SPRM kerana antivirus INTEGRITI.
– Salam sejahtera Datuk Deraman, Saya Puan Faridah daripada SPRM Sarawak. Awak didapati bersalah kerana terlibat dalam kejadian rasuah. Perkara ini telah dilaporkan oleh antivirus INTEGRITI melalui Facebook Kampung Ulu Sibokah.
Kami telah mendapat bukti kukuh mengenai kesalahan Datuk. Pihak kami sudah mengetahui lokasi awak sekarang. Mohon Datuk untuk menyerahkan diri di balai polis berhampiran sekarang.
Datuk Deraman tidak muncul dalam video tersebut. Gelap. Tetapi terdapat bayangannya melalui live video tersebut. Nampaknya perbuatan Datuk Deraman diperangkap oleh tindakannya sendiri.
Ajong tersenyum bangga dapat mengalahkan penggodam golongan korporat itu.
Dia bangga dapat menyelamatkan integriti Kampung Ulu Sibokah daripada cengkaman Datuk Deraman. Ternyata antivirus INTEGRITI banyak membantunya. Tidak sia-sia usahanya.
Penghulu Nyah kesal. “Maafkan saya, Ajong,” hatinya berbicara sendiri.
Ajong terfikir sememangnya antivirus INTEGRITI adalah untuk D. Untuk Datuk Deraman.
Oleh Benjamin Asin