Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung – Lukanisman
  • NASIONAL

Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung – Lukanisman

Utusan Sarawak 10 months ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni (kanan) ketika melawat reruai selepas pada Majlis Perasmian 13TH Asean & 10TH Perak Health Congress on Primary Health Care, hari ini. Turut sama Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha (kiri). FotoBERNAMA

IPOH: Insiden Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.

Beliau berkata, Loke dalam keadaan tergesa-gesa kerana sebelum itu beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik tiba di Parlimen.

“Tiada kaitan dengan serangan jantung atau apa-apa (penyakit lain), ia mengenai kecergasan individu sahaja. Kalau sudah berkejar-kejar atau berlari, kadang-kadang boleh tercungap-cungap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Asean ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini, hari ini.

Pada Rabu, Persidangan Dewan Rakyat terganggu seketika apabila Loke dilihat tidak selesa ketika memulakan sesi jawapan lisan dan memohon diberikan sedikit masa untuk bertenang. 

Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah untuk mengambil alih sesi berkenaan.

Bagaimanapun, Loke kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Subang Wong Chen. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia akibat komplikasi jantung – Anak
Next: Kajian industri padi, beras negara termasuk dakwaan kartel masih berjalan – KPKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.