
SYDNEY, Australia: Lalu lintas di sebuah bandar pesisir Australia terganggu seketika semalam seekor anjing laut tempatan memilih untuk tidur di jalan raya.
Mamalia laut yang mengantuk itu dilihat sedang lena di atas jalan di Dromana, di negeri Victoria di selatan Australia.
Polis tempatan telah meletakkan kon keselamatan di sekeliling anjing laut tersebut yang dikenali oleh sesetengah penduduk tempatan sebagai Sammy yang kelihatan berjemur tanpa menghiraukan lalu lintas.
“Tidak tahu dia akan muncul di mana selepas ini,” kata penduduk tempatan, Laura Ellen, yang melihat haiwan berkenaan.
“Dia biasanya tidur sepanjang hari,” katanya.
“Saya ketawa apabila melihatnya di atas jalan. Belum pernah melihat dia berkelakuan begitu sebelum ini.”
Anjing laut itu kemudian dipindahkan semula ke pantai oleh penyelamat hidupan liar, dan laluan tersebut dibuka semula.
Anjing laut sering kelihatan di sepanjang pesisir Victoria, dan adalah menjadi kesalahan di sisi undang-undang untuk menyentuh atau memberi makan haiwan tersebut, menurut kerajaan negeri. – AFP