Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkor Wat dinobat destinasi pelancongan paling menarik Asia
  • GLOBAL

Angkor Wat dinobat destinasi pelancongan paling menarik Asia

Utusan Sarawak 2 days ago

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet hari ini berkata Angkor Wat telah dinobatkan sebagai destinasi pelancongan paling menarik di Asia oleh TripAdvisor, lapor Xinhua.

Perdana menteri itu mengumumkan perkara berkenaan menerusi hantaran teks di platform media sosial rasminya, bersama senarai 20 destinasi pelancongan terbaik Asia oleh TripAdvisor.

Angkor Wat merupakan antara kuil utama dalam Taman Arkeologi Angkor yang diiktiraf UNESCO di wilayah barat laut Siem Reap.

Taman berkeluasan 401 kilometer persegi itu menempatkan 91 kuil purba yang dibina dari abad ke-9 hingga abad ke-13.

Taman purba berkenaan, yang merupakan destinasi pelancongan paling popular di negara Asia Tenggara itu, menarik sejumlah 618,771 pelawat antarabangsa dalam tempoh tujuh bulan pertama 2025, meningkat 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan Angkor Enterprise milik kerajaan.

Tapak tersebut memperoleh hasil sebanyak AS$28.6 juta daripada jualan tiket dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, juga meningkat 5.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, tambah laporan itu.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump tarik balik perlindungan ‘Secret Service’ untul Kamala Harris
Next: Polis Indonesia akui anggota Brimob langgar etika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.