Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkatan bersenjata Iran lancar serangan balas terhadap Israel
  • GLOBAL

Angkatan bersenjata Iran lancar serangan balas terhadap Israel

Utusan Sarawak 17 hours ago

Peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran dilihat dari Tubas, di Tebing Barat yang diduduki Israel, 13 Jun 2025

TEHRAN: Israel mula menerima serangan balas Iran pada Jumaat malam apabila Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran melancarkan gelombang serangan ke atas wilayah itu.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), serangan itu berlaku beberapa jam selepas rejim Israel, dalam apa yang disifatkan Iran sebagai tindakan pencerobohan tanpa provokasi, menyerang beberapa lokasi di wilayah Iran, termasuk bangunan kediaman.

Serangan balas Iran bermula tanpa amaran dan rakaman serta imej yang disiarkan memaparkan peluru berpandu menembusi sistem pertahanan udara Israel dan meletup sebaik mengenai sasaran. 

Bola api besar menerangi langit malam di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Laporan itu menyatakan bangunan Kementerian Perang Israel turut terkena serangan. 

Bateri pertahanan udara Israel di sekitar sasaran tertentu yang lain turut dimusnahkan sebelum peluru berpandu mengenai lokasi berprofil tinggi.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam kenyataan ringkas selepas serangan itu bermula berkata puluhan sasaran Israel, termasuk tapak ketenteraan dan pangkalan udara diserang secara tepat. 

Butiran lanjut akan diberikan kemudian.

Dalam kenyataan kedua yang dikeluarkan sekitar tengah malam, IRGC menyatakan unit peluru berpandu dan dronnya telah menyasarkan pangkalan tentera Israel yang digunakan untuk melancarkan serangan ke atas Iran, serta kemudahan pembuatan senjata dan tapak ketenteraan lain di dalam wilayah Israel.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa maklumat risikan termasuk imej satelit mengesahkan puluhan peluru berpandu balistik mengenai sasaran seperti dirancang.

Semalaman pada Jumaat, rejim Israel melancarkan siri serangan ketenteraan di sekitar ibu negara Iran, Tehran serta beberapa bandar lain. 

Menjangkakan tindak balas hebat dari Iran, Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Israel, Israel Katz, mengisytiharkan darurat di seluruh Israel.

Tentera Israel juga melancarkan serangan menyasarkan pegawai tertinggi tentera Iran.

Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri dan Panglima Tertinggi IRGC Mejar Jeneral Hossein Salami terbunuh dalam serangan di Tehran.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei melantik pegawai tertinggi tentera yang baharu pada hari yang sama.

Sejurus sebelum serangan Iran bermula, Ayatollah Khamenei dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan menegaskan bahawa rejim Israel tidak akan terlepas daripada pembalasan atas tindakannya terhadap Iran.

“Tindakan tegas harus dan akan diambil,” katanya. “Kami tidak akan berlembut. Kehidupan mereka pasti menjadi suram.” – BERNAMA-IRNA

Continue Reading

Previous: Beckham dikurnia Darjah Kesatria bawa gelaran Sir
Next: Lewat 10 minit kerana jalan sesak, wanita selamat daripada nahas Air India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.