Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Angkat martabat BCF • Jadi acara kebudayaan peringkat antarabangsa
  • TEMPATAN

Angkat martabat BCF • Jadi acara kebudayaan peringkat antarabangsa

Utusan Sarawak 3 years ago

PERASMIAN… Dato Sri Dr. Sim Kui Hian menyempurnakan majlis perasmian BCF 2022 di pentas utama Dataran Tun Tuanku Bujang, malam semalam.

SIBU: Festival Kebudayaan Borneo (BCF) berpotensi untuk diangkat sebagai acara kebudayaan peringkat antarabangsa pada masa hadapan

melalui kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) dan Kementerian Seni dan Kebudayaan Pelancongan (MOTAC).

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata,  BCF telah dirasmikan pada tahun 2003 selepas pelbagai penampilan pertama

yang berjaya iaitu Pesta Sibu, Sambutan Milenium dan Borneo Tribal Extravaganza. 

“Perkembangan BCF juga menyaksikan pembangunan bandar Sibu.  BCF, sudah pasti merupakan acara paling ikonik dan kemuncak utama Kalendar

 Acara Pelancongan Sibu,” jelasnya semasa berucap merasmikan BCF 2022 di pentas utama Dataran Tun Tuanku Bujang, malam semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, BCF merupakan perayaan kebudayaan untuk

memupuk rasa hormat dan keterbukaan dalam kalangan kepelbagaian etnik. 

“Ini adalah platform yang ideal bagi menyemai kecantikan dalam berbilang kaum untuk mewujudkan minat bersama kita, matlamat

utama adalah untuk menyatukan orang daripada komuniti yang berbeza,” ujarnya.

Beliau amat menghargai usaha MPS untuk menjayakan acara tersebut (BCF) selepas dua tahun. 

“Ia adalah acara pelancongan yang sangat baik untuk meningkatkan pemulihan ekonomi tempatan.  Namun begitu, kita harus terus

berganding bahu untuk memutuskan rantaian sebarang jangkitan penyakit,” tegasnya.

Beliau juga memberitahu, pelancongan merupakan sektor ekonomi yang penting kerana ia mampu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan

dan memberikan sumber pendapatan kepada ramai pihak di negara maju atau membangun.

“Sibu adalah sebuah bandar yang diberkati kerana terletak secara geografi di pertemuan Sungai Rajang dan Igan. 

“Selain itu, Sibu juga menyediakan hab penting yang terdiri daripada pusat ekonomi, kebudayaan dan pendidikan di wilayah

tengah Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri

Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Michael Tiang, Pengerusi

Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, Timbalan Pengerusi MPS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BCF,

Bujang Abdul Majid, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng serta yang lain.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tawarkan pinjaman
Next: ‘Travellers Card’ jimat masa proses kemasukan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.