Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Angkat kembali tradisi kemahiran pembinaan bot lebih moden
  • WILAYAH

Angkat kembali tradisi kemahiran pembinaan bot lebih moden

Utusan Sarawak 19 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan geran projek khas kerajaan Sarawak berjumlah RM8,000 kepada Geng Wharf Kabong hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menyerahkan sumbangan geran projek khas kerajaan Sarawak berjumlah RM8,000 kepada Geng Wharf Kabong hari ini.

Sumbangan yang disampaikan melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong ini adalah bertujuan bagi pembelian acuan bot gentian kaca bagi kegunaan membina bot di Bengkel Bot Nelayan Kampung Hulu Sungai Benang, Kabong.

“Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada pembinaan Bengkel Bot Nelayan Kampung Hulu Sungai Benang Kabong yang telah dilaksanakan di kampung tersebut sebelum ini.

“Ia dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkasakan komuniti nelayan tempatan melalui kemahiran teknikal dan menjana ekonomi golongan nelayan,” katanya semasa menyampaikan sumbangan tersebut hari ini.

ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir berkesempatan melakukan lawatan di Bengkel Bot Nelayan Kampung Hulu Sungai Benang, Kabong. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Chee Kadir berharap agar sumbangan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh daya saing dan pendapatan nelayan setempat, khususnya dalam bidang pembinaan bot tempatan yang lebih lestari dan berkualiti.

“Saya berharap projek ini dapat membuka peluang ekonomi baharu kepada anak-anak muda di Kabong serta mengangkat kembali kemahiran tradisi seperti pembinaan bot ke satu tahap yang lebih moden dan berdaya saing,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Miri Central Police Station to receive RM300,000 for urgent wiring upgrading of overloading wires
Next: Sambutan Gawai i-CATS meriah, tonjolkan semangat perpaduan, warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.