Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025
  • GLOBAL

Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
DUA angkasawan Rusia keluar dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini pada 9.45 pagi untuk menjalankan tugas penyelenggaraan penting dan mempertingkat kajian angkasa yang inovatif.

MOSCOW: Dua angkasawan Rusia melaksanakan aktiviti berjalan di angkasa buat kali kedua tahun ini dengan memasang peralatan saintifik di bahagian luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Selasa, menurut agensi angkasa negara Rusia, Roscosmos, lapor Xinhua.

Angkasawan Sergey Ryzhikov dan Alexey Zubritsky dijangka menghabiskan kira-kira enam setengah jam bekerja di bahagian luar ISS, menurut Roscosmos.

ANGKASAWAN Rusia, Sergey Ryzhikov (memakai sut angkasa jalur merah) dan Alexey Zubritsky (jalur biru), bekerja di luar modul Nauka semasa aktiviti angkasa di Stesen Angkasa Antarabangsa pada 28 Oktober 2025. (Imej kredit NASA)

Tumpuan utama misi kali ini ialah memasang peralatan bagi eksperimen saintifik “Impulse” yang akan membolehkan saintis mengkaji sifat ionosfera Bumi, menurut perbadanan Rusia itu.

Selain itu, mereka turut membersihkan tingkap modul Nauka, menggantikan kaset dalam peralatan pertumbuhan semikonduktor pada modul berkenaan dan memindahkan panel kawalan luaran, tambahnya.

Pada 16 Oktober lalu, angkasawan Rusia menyelesaikan aktiviti berjalan di angkasa pertama 2025 dari segmen Rusia di ISS yang berlangsung selama enam jam, 11 minit dan 12 saat.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 9 maut, 5 hilang dalam banjir di tengah Vietnam
Next: ‘Tiada raja’ di tanah air, tetapi dinobatkan di luar negara: Korea Selatan hadiahkan Trump replika mahkota emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.