Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkasawan Rusia berlepas ke AS menjelang penerbangan Crew Dragon
  • GLOBAL

Angkasawan Rusia berlepas ke AS menjelang penerbangan Crew Dragon

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR fail Andrey Fedyaev. Foto nasa.gov

MOSCOW: Angkasawan Rusia Andrey Fedyaev yang dijadualkan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan kapal angkasa Amerika, bertolak ke Amerika Syarikat (AS), menurut Perbadanan Angkasa Negara Rusia, Roscosmos, semalam lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Angkasawan Roscosmos Andrey Fedyaev berlepas ke AS untuk menjalani latihan prapelancaran,” menurut perbadanan itu menerusi Telegram.

Fedyaev akan menjalani latihan di pangkalan SpaceX di Hawthorne, California, termasuk latihan menggunakan simulator bagi segmen AS di ISS, latihan prosedur kecemasan serta kelas pengendalian kapal angkasa Crew Dragon.

Sebelum ini, seorang lagi angkasawan Rusia Oleg Artemyev disenaraikan sebagai sebahagian daripada kru-12, namun baru-baru ini beliau dipindahkan ke tugasan lain, menurut Roscosmos.

Kapal angkasa Crew Dragon milik AS, yang membawa Fedyaev bersama angkasawan AS Jessica Meir dan Jack Hathaway serta angkasawan Eropah Sophie Adenot, dijadualkan dilancarkan selepas 15 Februari.

Sehingga ketibaan kapal itu, hanya kru kapal angkasa Rusia Soyuz MS-28 akan bertugas di stesen berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan – Istana Diraja Arab Saudi
Next: Kes mpox di Zambia cecah 357 sejak wabak pada Oktober 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.