
LOS ANGELES: Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi, petang semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Mereka pulang bersama rakan sepasukan dari Crew-9, iaitu angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX.
Menurut siaran langsung NASA, kapal angkasa itu mendarat di perairan luar pesisir Florida pada 5.57 petang waktu Timur (2157 GMT).
Williams dan Wilmore sebelum ini terkandas di angkasa akibat masalah teknikal pada kapal Starliner milik Boeing, yang membawa mereka ke ISS. – Bernama – Xinhua