Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban Taufan Rai meningkat
  • GLOBAL

Angka korban Taufan Rai meningkat

Utusan Sarawak 3 years ago
KEMUSNAHAN yang berlaku di Surigao City di wilayah Surigao del Nonte, Filipina. • Foto AFP

MANILA: Angka korban di Filipina angkara Taufan Rai meningkat kepada 208 mangsa setelah ribut ganas itu menyebabkan kerosakan di wilayah tengah dan selatan negara itu pada lewat minggu lalu, menurut jurucakap polis negara semalam.
Seramai 52 orang masih dilaporkan hilang, menurut data polis, sedang usaha menyelamat diteruskan selepas salah satu daripada taufan paling dahsyat melanda negara Asia Tenggara itu.
Para pegawai polis turut dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat dan bagi menjaga ketenteraman di kawasan yang terjejas teruk oleh bencana alam itu, kata jurucakap polis negara Roderick Alba.

Jumlah kematian yang dikongsi oleh pihak polis adalah jauh lebih tinggi berbanding 58 korban jiwa yang dilaporkan oleh agensi bencana negara setakat ini. Agensi itu menyatakan bahawa ia masih mengesahkan laporan daripada wilayah-wilayah yang terjejas.

Lebih separuh kematian yang dilaporkan oleh pihak polis melibatkan korban jiwa di wilayah tengah Visayas, di mana terletaknya Bohol yang merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang popular di negara itu.-AFP

PIC CAP Angka korban di Filipina angkara Taufan Rai meningkat kepada 208 mangsa setelah ribut ganas itu menyebabkan kerosakan di wilayah tengah dan selatan negara itu pada lewat minggu lalu, menurut jurucakap polis negara semalam. –AFP

Continue Reading

Previous: Empat maut, pesawat ringan terhempas
Next: Enam letupan gegar sambutan Tahun Baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.