Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban nahas pesawat di India meningkat kepada 279 orang
  • GLOBAL

Angka korban nahas pesawat di India meningkat kepada 279 orang

Utusan Sarawak 16 hours ago

Serpihan yang menunjukkan bahagian ekor pesawat Air India Boeing 787-8 di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang di Ahmedabad. - Foto AFP

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 279 mayat ditemui di lokasi nahas pesawat penumpang yang terhempas di kawasan perumahan di bandar Ahmedabad.

Jumlah terbaharu itu meningkat daripada angka awal iaitu 265 dan didedahkan seorang pegawai kanan yang enggan dikenali, didedahkan kepada media.

Peningkatan itu menjadikannya antara nahas pesawat terburuk abad ke-21.

Air India menyatakan terdapat 242 orang di dalam pesawat menuju ke Lapangan Terbang Gatwick, London dan hanya seorang yang terselamat.

Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh apabila pesawat itu merempuh bangunan kediaman berhampiran lapangan terbang.

Jumlah korban rasmi hanya akan dimuktamadkan setelah proses pengenalpastian DNA yang rumit dan memakan masa.

Air India menjelaskan bahawa pesawat itu membawa 169 penumpang warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal, seorang warga Kanada dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu mengeluarkan isyarat kecemasan (mayday) beberapa saat sebelum ia terhempas, setelah hanya berjaya naik setinggi 100 meter (330 kaki) dari tanah.

Semalam, penyiasat menjumpai salah satu perakam kotak hitam di lokasi nahas dan pasukan forensik masih mencari kotak kedua.

Syarikat pembuat pesawat dari Amerika Syarikat, Boeing, berkata mereka sedang berhubung dengan Air India dan bersedia memberi sokongan berhubung insiden itu, yang menurut satu sumber adalah kemalangan pertama membabitkan model 787 Dreamliner. – AFP

Continue Reading

Previous: Lewat 10 minit kerana jalan sesak, wanita selamat daripada nahas Air India
Next: Air India: Kotak hitam kedua ditemukan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.