Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban nahas kereta api di Sepanyol meningkat kepada 45 orang
  • GLOBAL

Angka korban nahas kereta api di Sepanyol meningkat kepada 45 orang

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR diambil pada 20 Januari 2026 menunjukkan pemandangan sebuah kereta api laju Iryo yang tergelincir dan melanggar kereta api lain dua hari sebelumnya, di Adamuz, selatan Sepanyol. Foto AFP

MADRID: Angka korban nahas kereta api pada Ahad di selatan Sepanyol meningkat kepada 45 orang selepas pegawai Pengawal Awam menemukan dua lagi mayat semalam, lapor Xinhua.

Mayat berkenaan ditemukan selepas pihak berkuasa meluaskan radius pencarian di sekitar lokasi nahas berhampiran Bandar Adamuz, dalam Wilayah Cordoba.

Kira-kira 200 ejen Pengawal Awam terlibat dalam operasi itu dengan bantuan anjing pengesan, dron dan peralatan inframerah.

FOTO edaran ini diambil dan dikeluarkan pada 19 Januari 2026 oleh Guardia Civil Sepanyol, menunjukkan ejen-ejen Guardia Civil sedang bekerja di lokasi kereta api laju Iryo tergelincir dan melanggar kereta api lain di Adamuz, selatan Sepanyol. Foto AFP

Kemalangan itu berlaku pada Ahad apabila sebuah kereta api yang membawa 317 penumpang bagi laluan Malaga-Madrid tergelincir atas sebab yang masih belum dikenal pasti berhampiran Adamuz, kira-kira 20 kilometer dari Cordoba.

Kereta api yang tergelincir itu kemudian melanggar sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang sedang dalam perjalanan di landasan bersebelahan dari Madrid ke Huelva, menyebabkan kereta api kedua turut tergelincir.

Setakat ini, sebanyak 43 mangsa telah dikenal pasti, termasuk 40 warga Sepanyol, masing-masing seorang warga Rusia, Jerman dan Maghribi. Kebanyakan mangsa merupakan penumpang kereta api yang menuju ke Huelva.

Pihak berkuasa pada Rabu mengumumkan bahawa satu majlis pengebumian negara bagi mangsa nahas akan diadakan pada 31 Januari. Siasatan mengenai punca kemalangan masih diteruskan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah kereta api penumpang bagi laluan Cartagena-Los Nietos merempuh sebuah kren di Alumbres, berhampiran bandar tenggara Cartagena menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan ringan, menurut perkhidmatan kecemasan.

GAMBAR menunjukkan ejen-ejen Guardia Civil mengambil gambar bogi kereta api di dalam aliran air. Foto AFP

Ia merupakan kemalangan kereta api keempat di Sepanyol dalam tempoh kurang seminggu. Terdahulu pada Selasa, dua insiden rel dilaporkan di wilayah timur laut Catalonia.

Seorang pemandu maut dan sekurang-kurangnya 37 penumpang cedera apabila sebuah tembok runtuh lalu menghempap kereta api komuter berhampiran Bandar Gelida.

Dalam kejadian berasingan berhampiran Blanes, sebuah kereta api tergelincir akibat runtuhan batu.

Pihak berkuasa tempatan berkata kedua-dua kemalangan itu berkemungkinan besar berpunca daripada hujan lebat yang melanda sebahagian wilayah berkenaan sejak beberapa hari kebelakangan ini. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seni gua tertua di dunia ditemui di Indonesia
Next: Ribut Harry sebabkan kerosakan teruk di pantai, Pulau Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.